Wednesday 9 May 2012

Isu yang Berlaku kerana Kejatuhan Tamadun Turki Uthmaniah


Berlakunya peperangan antara umat Islam


Sebagai contoh, Revolusi di Mesir dan Perhimpuan yang dianjurkan oleh Bersih 3.0 baru-baru ini yang melihatkan ramai umat Islam bermusuhan sesama sendiri di sebab kan oleh ideologi dan matlamat yang berbeza. Ini terjadi kerana Islam tidak berpusat dibawah kerajaan yang sama. Sejak kejatuhan sistem Khalifah yang terakhir sekali di pimpin oleh pemimpin-pemimpin dari Kerajaan Turki Uthmaniah, banyak umat Islam telah berpecah dan berpuak-puak memgikut kepada ideologi dan matlamat oleh pemimpin yang mereka ikuti. Perkara ini sesungguhnya amat dilarang oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Beliau amat takut akan perkara ini terjadi dan telah berulang kali mengingatkan kepada umat Rasullullah akan jangan berperang dengan    umat sesama Islam, lebih-lebih lagi di negara sendiri. Kita dapat lihat kepada contoh di negara Mesir sewaktu revolusi di negara itu, rakyat negara itu berperang diantara penyokong pro-Gaddhafi dengan penyokong yang mahukan sistem pemerintahan berdemokrasi. Masing-masing melaungkan takbir "Allahhuakbar" ketiak berperang sesama mereka. Ini yang terjadi di negara itu dan sememangnya amat ditakuti oleh Rasulullah SAW kerana khuathir akan orang-orang kafir akan mengambil kesempatan di atas fenomena yang terjadi.

Keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat muda Islam


Sejak kejatuhan sistem Khalifah yang diakhiri oleh kerajaan Turki Uthmaniah, sistem perundangan bagi Negara-negara Islam bergantung kepada pemimpin bagi setiap negara tersebut samada berlandaskan hukum Hudud ataupun sistem perundangan konvensional. Hukum Hudud menghukum kepada pesalah-pesalah dengan meninggalkan kesan yang mendalam sehinggakan pesalah tidak lagi berani untuk melakukan kesalahan tersebut. Sebagai contoh jika seseorang itu melakukukan kesalahan merogol seseorang itu tanpa rela akan dikenakan hukum sebat sebanyak 100 kali di khalayak ramai. Manakala bagi sistem perundangan konvensional, hukuman bagi seseorang pesalah itu bergantung kepada apa yang telah termaktub di dalam buku perundangan negara tersebut. Sebagai contoh, jika seseorang itu melakukan kesalahan mencuri, pesalah tersebut akan dikenakan hukuman penjara di sekian-sekian tahun bergantung kepada jumlah hasil kecurian yang dilakukan oleh pesalah. Hukuman sebegitu selalunya tidak meninggal kan kesan mendalam kepda pesalah tersebut dan menyebabkan pesalah itu akan membuat perbuatan itu sekali lagi. Jadi,bagi  kebanyakan negara yang tidak mengamalkan hukum Hudud, kemungkinan berlaku masalah sosial yang berleluasa di negara tersebut. Banyak berlakunya kes-kes rogol, kes pembuangan bayi, kes mencuri, penagihan dadah dan sebagainya. Sejak kejatuhan sistem Khalifah telah menimbulkan banyak masalah sosial yang semakin sukar dibendung tanpa sistem yang berkesan.

 Ramai umat Islam bertindak murtad dari agama Islam


Sejak keruntuhan sistem Khalifah dan tamadun Turki Uthmaniah, kebanyakan umat Islam semakin tidak yakin dan percaya dengan agama yang dianuti kerana tidak ada lagi sistem yang kuat yang dapat menampung mereka jika mereka mengalami kesusahan dan kesempitan. Jadi ramai umat Islam bertindak murtad dari menganut agama Islam dengan memaling tadah kepada agama lain yang bagi mereka terjamin kehidupannya di dunia ini. Ramai anak-anak muda semakin terpengaruh dengan budaya agama lain yang bagi mereka senang untuk di ikuti dan dapat memberikan mereka ganjaran duniawi. Sebagai contoh kes Aisyah yang telah diberi pendidikan agama Islam yang cukup oleh keluarga dia, tetapi memilih untuk menganut agama lain yang amat memberi tamparan kepada keluarga Aisyah.

Sumbangan Sulaiman the Great pada Pemerintahan Turki Uthmaniah yang Masih Ada Sehingga Kini

Tokoh






Suleiman I (November 1494 - 5/6/7 September 1566) adalah sultan Turki Uthmaniyyah ke-10, yang berkuasa dari tahun 1520 hingga 1566. Ia dikenali sebagai Suleiman yang Luar Biasa di Barat, dan pemberi undang-undang di Timur kerana pencapaiannya dalam menyusun kembali sistem undang-undang Uthmaniyah. Ia merupakan tokoh penting pada Eropah pada abad ke-16. Suleiman memimpin tentera Uthmaniyah menaklukan Belgrade, Rhodes, dan sebahagian besar Hungary sebelum berhasil dipukul mundur dalam Pengepungan Vienna tahun 1529. Ia menganeksasi sebahagian besar Timur Tengah dan Afrika Utara (hingga sejauh Algeria di barat). Di bawah kekuasaannya, armada Utsmaniyah menguasai laut Tengah, Merah, dan teluk Parsi.
Dalam usahanya untuk mengukuhkan Uthmaniyah, Suleiman melancarkan reformasi undang-undang yang berkaitan dengan masyarakat, pendidikan, perpajakan, dan hukum jenayah. Hukum kanoniknya (atau Kanun) memperbaiki bentuk empayar selama berabad-abad selepas kematiannya. Selain merupakan penyair dan tukang emas, ia juga menjadi pelindung budaya yang besar, hingga Uthmaniyah mencapai masa keemasan dalam bidang artistik, sastera, dan arsitektur.Suleiman mampu menuturkan lima bahasa: Bahasa Turki Utsmaniyah, Arab, Serbia, Chagatai (dialek bahasa Turki dan berkaitan dengan Uighur), Parsi, dan Urdu.

Sumbangan-sumbanganya


Penubuhan Dasar Undang-Undang


             Suleiman dikenali sebagai Kanun Suleiman atau "pemberi undang-undang" di Utsmaniyah. Sejarawan Lord Kinross mencatat bahawa "Ia tidak hanya merupakan pemimpin kempen tentera yang besar, manusia dari pedang, seperti ayah dan datuknya. Ia berbeza dari mereka kerana juga merupakan manusia dari pena. Ia merupakan legislator ulung, berdiri di depan mata rakyatnya sebagai penguasa berjiwa besar dan eksponen keadilan yang murah hati ". Hukum utama empayar adalah Shari'ah. Sultan tidak kuasa mengubah hukum Islam tersebut. Undang-undang lain yang dikenali sebagai Kanuns (undang-undang kanonik) bergantung pada kehendal Suleiman sendiri, dan meliputi bidang jenayah, pemilikan tanah, dan percukaian. Ia mengumpulkan semua keputusan yang dikeluarkan oleh sembilan sultan Utsmaniyah sebelumnya. Setelah menghilangkan duplikasi dan memilih antara kenyataan yang bertentangan, Suleiman mengeluarkan undang-undang, yang disusun secara hati-hati agar tidak melanggar undang-undang dasar Islam. Suleiman, disokong oleh Mufti Agung Ebussuud, berupaya mereformasi undang-undang agar dapat disesuaikan dengan perubahan cepat dalam empayar. Ketika undang-undang Kanun mencapai bentuk akhirnya, undang-undang tersebut dikenali sebagai kanun-i Osmani, atau "undang-undang Utsmaniyah". Undang-undang Suleiman diterapkan selama lebih dari tiga ratus tahun. 

             Ia memberikan perhatian khusus pada keadaan rayah, orang Kristian yang mengerjakan tanah-tanah kaum Sipahi. Kanune Kingdom, atau "Undang-undang Raya", menetapkan retribusi dan cukai untuk dibayar oleh raya, dan menaikkan status mereka ke atas perhambaan sehingga hamba Kristian banyak pindah ke wilayah Turki untuk mengambil keuntungan dari reformasi. Sultan Suleiman juga memainkan peranan penting dalam melindungi orang Yahudi di empayarnya. Pada akhir 1553 atau 1554, atas usul doktor kegemarannya, Moses Hamon, Suleiman mengisytiharkan dekret yang secara rasmi melarang blood libel terhadap orang Yahudi. Lebih jauh lagi, ia menetapkan undang-undang jenayah dan polis baru, dan juga menggunakan denda atau hukuman . Dalam bidang perpajakan, cukai ditetapkan terhadap pelbagai barang, seperti haiwan, tambang, dan barang eksport-import. Selain cukai, pegawai yang jatuh pada nama buruk akan disita tanah dan milikannya oleh Sultan.


Pendidikan

               Pendidikan merupakan bidang lain yang penting bagi sultan. Sekolah digabung dengan masjid dan dibiayai oleh yayasan agama, sehingga memberikan pendidikan percuma bagi anak-anak Muslim. Di ibukotanya, Suleiman meningkatkan jumlah sekolah dasar menjadi empat belas, serta mengajarkan anak-anak baca tulis, dan juga prinsip- prinsip Islam. Anak yang ingin mendapat pendidikan lebih lanjut dapat meneruskan pendidikannya ke salah satu daripada lapan madrasah. Pembelajaran yang sedia adalah tata bahasa, metafizik, falsafah, astronomi, dan astrologi. Madrasah tinggi memberikan pendidikan tingkat universiti, dan lulusannya menjadi imam atau pengajar. Pusat-pusat pendidikan merupakan salah satu dari bangunan yang mengelilingi lapangan masjid, dengan bangunan-bangunan lain adalah perpustakaan, bilik makan, air pancut, dapur sup, dan rumah sakit untuk kepentingan umum.


Budaya

             Di bawah kekuasaan Suleiman, Kesultanan Utsmaniyah memasuki masa keemasan dalam hal perkembangan budaya. Utsmaniyah mempunyai ratusan kumpulan artistik Kesultanan (disebut sebagai ehl-i HiRef, "komuniti bagi mereka yang berbakat") yang dikendalikan secara langsung oleh istana. Proses magang wajib dijalani bagi mereka yang ingin menjadi seniman dan pengrajin. Setelah magang mereka boleh mendapatkan gaji dan jawatan yang lebih tinggi.Dokumen-dokumen penggajian yang ditemui menunjukkan betapa Suleiman sangat menghargai dan menyokong pekerjaan seniman. Sebuah dokumen yang dibuat tahun 1526 menunjukkan senarai 40 kumpulan seniman dengan lebih daripada 600 ahli. Ehl-i HiRef mampu menarik sebahagian besar seniman berbakat, baik dari dunia Islam maupun dari wilayah jajahan di Eropah, untuk bekerja di istana sultan. Hal ini membolehkan terjadinya pencampuran kebudayaan Islam, Turki, dan Eropa.Seniman yang bekerja di istana antara lain pelukis, penjilid buku, penjahit pakaian dari bulu, pengrajin perhiasan, dan penempa emas.


              Bila penguasa sebelumnya lebih terpengaruh oleh kebudayaan Parsi (ayah Suleiman, sebagai contoh, senang menulis puisi dalam bahasa Parsi), Suleiman berjaya mencipta gaya seni berbeza yang menjadi warisan artistik yang khas.
Suleiman sendiri adalah seorang penyair yang handal, karyanya ditulis dalam bahasa Parsi dan Turki dengan nama samaran muhibbi (Pecinta). Beberapa kalimat dalam puisi Suleiman dijadikan peribahasa Turki, salah satunya yang terkenal adalah: "Semua orang ingin menyampaikan maksud yang sama, tetapi ada banyak versi ceritanya." Ketika anak Suleiman, Mehmed, meninggal pada tahun 1543, ia membuat sebuah kronogram untuk memperingati kematiannya: Pangeran yang tiada taranya, Sultan Mehmed-ku.Selain Suleiman, banyak seniman lain yang juga memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan sastera Utsmaniyah, termasuk di antaranya Fuzuli dan Baki. Sejarawan Sastera E. J. W. Gibb mengamati bahawa "tidak pernah ada dalam sejarah dunia dorongan yang sedemikian besar terhadap perkembangan puisi kecuali pada masa kekuasaan Sultan yang satu ini."

              Suleiman juga terkenal kerana membiayai beberapa arsitektur monumental di kesultanannya. Sang Sultan bercita-cita menjadikan Konstatinopel sebagai pusat peradaban Islam melalui pembangunan pelbagai objek termasuk jambatan, masjid, istana, dan lain-lain. Beberapa yang paling termahsyur dibuat oleh arkitek kepala Utsmaniyah, Mimar Sinan. Sinan bertanggung jawab membina tiga ratus monumen di seluruh kesultanan, termasuk dua mahakarya masjid Süleymaniye dan Selimiye-yang disebutkan terkini dibina di Edirne pada masa kekuasaan anak Suleiman, Selim II. Suleiman juga melakukan pemulihan terhadap Kubah As-Sakhrah dan tembok bandar di Baitulmuqaddis (yang kini menjadi tembok Kota Tua Jerusalem), mengubahsuai Ka'bah di Mekah, dan membuat sebuah kompleks di Damsyik.


Politik dan Ekonomi

             Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam politik dapat dilihat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. Dalam sistem pentadbiran , terdapat 4 aspek utama. Yang pertama ialah sitem khalifah iaitu pelantikan khalifah sbg ketua pemerintah mengganti nabi Muhammad. Yang ke2 sistem wazarah , pelantikan wazir utk mengetuai sistem pentadbiran negara di kerajaan pusat, sementara gabenor dilantik utk mengetuai pentadbiran wilayah. Yg ke3 sistem urusetia yg membahagikan urusan pentadbiran kpd beberapa bahagian iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan,dan bahagian polis dan kehakiman. Yg ke4, sistem hijabah. Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah, dan pemegang amanah. Sistem pentadbiran dikukuhkan lagi dgn penubuhan 4 buah jabatan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan am dan Jabatan urusan Cap Mohor Pemerintah.

               Dalam sistem pemerintahan, Diwanul Jundi [Jabatan Ketenteraan] ditubuhkan utk pertahanan negara. Diikuti dgn angkatan laut dan angkatan tentera darat. Dalam aspek ekonomi sememangnya Bani Umaiyah mangutamakan hal kewangan. Mereka telah menubuhkan Baitulmal dan mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara . Sumber pendapatan kerajaan ialah kharaj [cukai tanah] , jizyah [cukai perlindungan] , zakat, usyur [cukai 1\10 hasil tani tuan tanah].dan ghanimah [harta rampasan perang].Pusat kegiatan ekonomi dilakukan di Cordova. Kegiatan ekonomi telah mengembangkan kemahiran membuat barangan tembikar serta perhiasan emas dan perak serta perusahaan kulit dan senjata. Pertanian menyumbangkan sedikit kemajuan kepada mereka yang mana penyelidikan dilakukan untuk benih yang bermutu dan pembinaan sistem saliran untuk menyuburkan tanah.

Bidang Sosial

               Antara sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial ialah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu iaitu Kota Basrah. Selain itu beberapa orang ilmuwan telah dilahirkan seperti Khalil Ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan Sibawayhi (ahli nahu Arab) serta sasterwan seperti al-Farzdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia’h dan Jamil al-Uzri. Tambahan pula, Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Sumbangan Bani Umaiyah juga ialah tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan al-Quran yang memberi faedah kepada orang bukan Arab. Perkembangan ilmu agama pada zaman Khalifah Umar ibn Abdul Aziz telah melahirkan tokoh seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri(hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Quran) serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin). Selain itu juga, sumbangan Bani Umaiyah dalam bidang sosial melibatkan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.

               Tambahan pula, buku rujukan pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan dalam bahasa Arab. Ibn al-Nafis telah menghasilkan buku al-Shamill fis Sina’ah al-Tabibiyah (kajian Umum Profesion Kedoktoran) yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan. Selain itu, perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi juga telah berkembang.

               Dalam sistem perundangan, hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunnah atau jimak. Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung ke mana-mana aliran politik pemerintah. Seseorang hakim mesti adil dalam penghakimannnya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang yang diadili itu.









Sunday 1 April 2012

Kesan Terhadap Negara-Negara Islam


Kejatuhan Turki Uthmaniyah secara tidak langsung telah memberi kesan kepada negara-negara Islam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Hal ini merupakan petunjuk kepada pengakhiran kegemilangan kerajaan Islam yang dahulunya telah berkembang pesat. Rentetan kejatuhan ini menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai negara republik.

1. Politik

Kejatuhan Turki Uthamniyah telah memberi kesan kepada negara Islam yang lain dari aspek politik. Antaranya ialah kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan perpecahan negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan. Hal ini telah memberi kesan yang buruk dalam politik negara Islam. Apabila kejatuhan Turki Uthmaniyah, setelah bertukar menjadi negara republik menyebabkan institusi khalifah telah hilang dan membawa kesan yang buruk kepada suasana politik negara Islam. Hal ini bermula selepas Mustafa Kamal menggantikan Kesultanan Uthmaniyah dan menjadi Pemoden Turki muda dan membawa perubahan dalam sistem politik Turki. Negara Islam turut mendapat kesannya kepada negara Iran di bawah pemerintahan Reza Shah yang memperkenalkan sebuah parti sahaja, sama dengan Parti Republikan Rakyat Antartuk. Pembaharuan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan Khalifah di negara-negara Islam.

Kesan yang jelas kelihatan adalah perpecahan wilayah umat Islam yang dulunya di bawah pemerintahan Turki Uthamaniyah. Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naungannya telah membebaskan diri dan di takluk oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan, Prins Milaan, Serbia, Herzegovina dan di tempat-tempat lain membebaskan diri menyebabkan perpecahan negara umat Islam. Hal ini dibuktikan lagi dengan perpecahan wilayah Turki Uthamaniyah. Raja Husein hanya dapat menguasai tidak lebih dari bumi Hijaz. Raja Faizal pula yang telah berusaha memerdekakan bumi Syam dari kuasa Turki. Jelaslah bahawa kejatuhan Turki memberi implikasi kepada negara-negara Islam yang lain.

2. Ekonomi

Ekonomi negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang kerana negara terpaksa membuat perbelanjaan yang besar untuk biaya perang. Hal ini telah menyebabkan negara Islam yang dahulunya di bawah pengaruh seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi. Negara Islam semakin teruk terjejas ekonominya apabila selepas tamat Perang Dunia 1 kerana dengan persetujuan Sykes-Picot 1916 wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Russia dan Itali. Hal ini menyebabkan ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas akibat daripada penguasaan orang Eropah.

Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediternean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain. Hal ini telah menyebabkan Eropah semakin mengusai ekonomi negara Islam. Contohnya, Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan banyak melibatkan diri dalam pasaran saham. Selain itu, penguasaan Soviet Union yang menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perniagaan asing Iran. Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan ekonomi negara Islam.

3. Sosial

Kesan yang paling ketara yang menimpa negara Islam adalah aspek sosial akibat kejatuhan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan tindak tanduk sosial hasil daripada kejatuhan Turki telah mempengaruhi negara Islam yang lain. Permodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Hal ini dapat dibuktikan kepercayaan sosialis Fabian Qibti Salama Musa di Iran yang berpendapat bahawa kebudayaan Barat menjadi kunci kepada reformasi sosial. Kebudayaan Barat ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam. Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam. Contohnya, Inggeris menggalakkan pemisahan kaum Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk menindas kaum Kurdi dan Turki yang tinggal di utara Iraq. Jelaslah bahawa perpaduan umat Islam mula retak selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Penutup

Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan kuasa Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih berada di bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula selepas Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan Republik.

Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut adalah kelemahan Sultan Turki, pemberontakan, penyelewengan seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera yang lemah dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan Eropah. Masalah ini telah menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang lain sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Di samping itu, kejatuhan Turki sering dikaitkan dengan permasalahan pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan orientalis barat yang mengatakan bahawa salah satu faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah adalah disebabkan oleh pemimpin dan sehingga rakyat golongan yang mementingkan hiburan dan keseronakkan. Oleh itu, sewajarnya keadaan ini dijadikan iktibar dan sehingga kebangkitan semula institusi Khilafah seterusnya Islam kembali terbilang.


Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Antara faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik, ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahan-kelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.

1. Politik

Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah.

Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral. Contohnya, Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan sehingga mempunyai 118 orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25 000 orang daripadanya. Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral yang telah membawa kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah mempunyai pemimpin silih berganti. Namun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan. Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu dalam istana. Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi oleh Bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam politik sesebuah negara. Oleh itu, kelemahan dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan. Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpontensi telah disisihkan dan memilih putera sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai. Hal ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilh bukan berdasarkan kemampuan yang unggul. Di samping itu kelemahan ketenteraan juga dapat dilihat melalui penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan. Penghapusan ini menyebabkan sistem tentera hamba mejadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas disiplin dalam tentera. Jelaslah bahawa faktor politik yang akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

2. Ekonomi

Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India. Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki. Selain itu, kemunduran dalam ekonomi Tuki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kesannya, kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan.

3. Sosial

Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepad kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul, amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. Di samping itu, golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras, dendangan musik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara. Jelaslah bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki Uthmaniyah.

4. Pengaruh Luar

Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Gerakan-gerakan renaisans melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah.
Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyah. Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest, wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyah. Kejatuhan Turki Uthamniyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perdamaian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania. Perjanjian Radsin telah ditandatangani selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam setelah mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah pengaruh luaran merupakan punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya kebangkitan semula Eropah selepas berlakunya zaman gelap.

Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah

Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Dalam sejarahnya selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat dilihat sebuah sistem politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami perkembangan yang gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan.

Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan.

Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Saturday 31 March 2012

Empayar Uthmaniyyah

Empayar Turki Uthmaniyyah dikenali keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".
Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Greece dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniah .Kerajaan Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniah. Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yg lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al Qur'an yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al Qur'an itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa Rusia.
Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagia tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah menjadi "the sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia I di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.